Nuffnang Ads

Sunday 24 July 2016

Cerita Raya 2016 : #teamrayaAbahUmi

Assalamualaikum & Hi

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
Syawal kan masih ada!
Muehehe!

Semua orang ade cerita raya masing-masing termasuklah aku. Cerita Raya aku sama je setiap tahun. Parents aku takyah gaduh nak balik kampung mana mana sebab kampung daerah sama je. 10 minit gitu! Kita kaut balik rumah dua-dua pihak. HAHA!

1 Syawal disambut sederhana!

Memang kalau setiap tahun family aku akan sambut raya kat rumah nenek sebelah Abah aku aka Mek. Rumah Mek depan rumah je kot. Tapi tak sempat jugaklah nak bergambar sebab duk kalut sembahyang raya pastu makan borak-borak sampai tak ingat pun nak bergambar. 

Tapi sempatlah bermaaf-maafan dan sesi duit raya ni! Ni je yang ade untuk hari tersebut untuk sebelah sini. Tu pon gambar kiteorang je banyak.

Si tudung hijau tu adik sepupu. Tak pandang kamera pulak dia


Anak Dara Sekalian
#teampeachblue #teamrayalubokgong #teamrayaAbah

Ni jela antara anak-anak buah yang ada. Ramai adik beradik Abah yang tak dapat balik raya. 

Mak Dara sibuk borak makan-makan. Tak sampai hati nak kacau! HAHA.

Selepas sembahyang raya dan pergi raya sekeliling rumah (rumah anak beranak satu kelompok je), family bersiap-siap nak balik raya rumah nenek sebelah umi pulak. Sekalian mak pak sedare pun dah kedengaran tanya sampai ke belum. Selalu dalam pukul 11 dah pergi sana. Ni dekat Zohor baru pergi. 

Sebelum itu wajiblah kita ambil gambar family dulu. Haruslah wajib sejak kenakan pakaian sedondon ni. Dulu pakai sapu je warna apa.



Rasanya tahun ni paling BEST raya sebab family cukup korum. Selalu ye mesti kurang sorang. Kalau tak kakak sulung atau Abah aku. Sekarang Abah dah pencen. So sekarang Insha Allah tiap-tiap tahun dapat sambut sesama selagi semuanya masih bujang kan.



Lepas selesai sebelah sini, bergerak lah ke rumah sebelah Umi pulak. Kalau diikutkan kiteorang adik beradik lebih rapat dengan mak pak sedare sana sebab kiteorang membesar bersama dan selalu jumpa. Umur pun lebih kurang sebaya beza 2 3 tahun je termasuklah sepupu sekali. So tak rasa jurang tu ada tapi rasa hormat tu masih ada la.

Sampai-sampai rumah Nenek aka Ma Tok, tengok pintu kunci. Alahai dorang dah pergi raya. Kira lambat la ni. Selalu pergi sama-sama. 

Nilah family belah umi. Itupun tak cukup korum jugak. Keluarga Pak Cik Mi aka Adik Ketiga Umi, Uncle Misi nun di Johor dan Uncle Askar nun di Sarawak tidak dapat beraya bersama.

Ma Tok dan aunties
See aunties aku umur lagi muda daripada aku! Yang hujung tangga tu sebaya kakak aku!

Family Pak Cik Li aka Adik Kedua Umi
#teamrayarantaupanjang #teamrayaUmi

Kononnya lepas Zohor nak raya dekat rumah sedare mare area situ. Hambik kau hujan turun lebat membasahi bumi. Dari cantik-cantik semua bertukar siap-siap nak masuk selimut. Best tidur time sejuk-sejuk ini. Tak jadi plan nak sambung raya.

Then, lepas tu family buat simple birthday celebration sepupu si Anis and advance birthday maksedare bongsu si Machu Ani. Happy Birthday Girls! 

Dalam lepas Isyak, family aku pun balik rumah sendiri. Itu je kisah raya pertama. Tak sempat pergi mana-mana sangat pun. Disebabkan hujan, sambung mimpi yang indah!

Selamat Hari Raya 2016
Maaf Zahir & Batin
Andai kata ada tersalah kata, gurauan, perbuatan, atau apa-apa bahasa badan yang boleh menyebabkan terguris hati & perasaan. Kosong Kosong ye!

Wednesday 8 June 2016

BFF Bongsu Kahwin!

Pikok aka Afiqah dah kahwin! BFF kahwin!

03062016

Aku plan dengan Ziela untuk pergi awal rumah Pikok. Petang itu Ziela datamg Rantau Panjang dulu. Then lepas Maghrib kiteorang bertolak ke rumah Pikok kat Salor ni. Tak jauh mana pun.

Malam itu kiteorang dan geng-geng maktab Pikok berkumpul la sebelum si Pikok bertukar status. Kirenya malam berinai la. Tapi antara family & kawan2 ni je. Duk huhaa huhaaa kira lewat la jugak tidur. Kiteorang dah warn si bakal pengantin tidur awal supaya berseri gitu esok.

04062016

Majlis akad nikah Pikok & Rezza plan pukul 9.00 pagi then resepsi dalam pukul 12.00 tengah hari. Berdebar la tu pepantin kite ni. Alhamdulillah dengan 2 kali lafaz dah bertukar kawan aku sorang ni. Auww menangis kite. ;')

Pikok... Mu comeyyy jetak. Tak sangka sekejap je masa berlalu kan. Dah cukup umur untuk kahwin. Muehehehe!..



Sementara itu, kiteorang pun tak lepas peluang juga bergambar. Maklumla si ahli JK aka Jong Kalut aka Bridesmaid (konon la)..HAHA!










Dan, hari wedding Pikok juga la we oulls boleh jumpa kawan-kawan sekolah. Mini reunion ex-5D classmates yay!



BFF zaman sekolah. Sorang sudah diambil orang. Tinggal lagi 5. Doakan jumpa jodoh yang baik2 nanti. Ameen :)

To my lovely Pikok & husband,
Selamat Pengantin Baru, Selamat menempuhi dunia berkeluarga. Semoga kekal hingga syurga. Dikurniakan penyambung generasi yang soleh & solehah. Be a good wife to your husband. Semoga Allah S.W.T memberkati kalian berdua. Ameen! :)




Monday 23 May 2016

If They Leave You, You Must Let Them Go!

“Jika dia pergi, biarkan dia pergi”. Ayat yang mudah. Tetapi sejujurnya bukan semudah yang disangka. Walaupum mulut mengatakan I’m OK tetapi adakalanya kecundang jua.


“Not everything makes sense. And sometimes, trying will drive you insane”.

Aku belajar. Mengenali seseorang yang boleh mengatakan sesuatu perkara bertentangan dengan apa yang dimaksudkan. Walaupun kejujuran diberikan pada awalnya, masa dia mahukanmu, cintakanmu. Everything is real at that time! Kemudian, ia berubah. Perasaan itu, harapan itu, kemahuan itu berubah dengan cepat. 

Aku masih bertanya pada diri, Kenapa ia berlaku? Kenapa dia berubah fikiran?

Dulu, saat hati berperang dengan perasaan, seringkali aku pertikaikan.

Kenapa lepaskan kalau dah sayang? Kenapa biarkan dia pergi?

Tapi hari-hari yang berlalu buat aku makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ?

Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu. Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab. Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku. Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya. Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.

Tapi sampai bila?

Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang. Adakah yakin dia akan datang kembali? Mungkin ya, mungkin tidak!




But if they have left, you have to let them go. You have no other choice. Because they made this decision. They could have stayed, but they didn’t.  They have made a deliberate choice of their own free will. 

And now is the time for you. Move on!

If they leave, kiss them goodbye and mean it. Maybe you were too bright and beautiful for them. Let them leave. Move forward with who you are meant to be, separate of them. You may crumble and wonder if it’s worth it. You just do. Maybe slowly, maybe it takes time. But eventually, you do.

Ubah cara hidup kita!



Kalau selama ini kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah. Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.


“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita. Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita. Kerana memang bukan untuk kita.”

Serahkan hati ini pada Allah. Inshaa Allah segalanya akan baik-baik sahaja.
Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah. Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.


Inspired from :
http://thoughtcatalog.com/ari-eastman/2015/06/if-they-leave-you-you-must-let-them-go/
http://akuislam.com/blog/renungan/mencapai-kebahagiaan-lepaskan-perpisahan/

Sunday 15 May 2016

Adik Kecik aka Bongsu

Assalamualaikum & Hi


Tetiba hari ini nak bercerita pasal Adik Kecik Bongsu. Kenapa panggil macam tu? Sebab dia sorang je yang kecik tak akil baligh lagi. Muehehe!

Yelaaaa! Semua dah tua sesuai dah kalau nak tambah umat Nabi. Insha Allah :)

Ingat lagi masa tu aku Form 3 dan duduk dekat asrama. Satu malam tu call la my Umi sebab homesick. Gengam duit syiling yang duk kumpul seminggu demi nak menelefon ni. Then, adik kedua aku yang angkat. Dia cakap 'Wei umi mengandung kot'. Aku be like What? Jangan nak merepek! sambil gelak tak ikhlas.

Umi aku pun confirmkan, Yes! True Statement. OMG! Happy la nak ada baby baru setelah sekian lama. But sangaattt risau sebab Umi aku ni darah tinggi. Umi cakap rezeki Allah nak bagi kena terima.

So pada 12 April 2017 lahirlah baby copycat aku ni. Everything ikut aku. Umi Abah cakap macam tu! Patutlah selalu berkelahi but deep inside I love her very much. Dia intan payung penyeri suasana family aku. Tiada dia sehari memang sunyi. Sebab dia potpetpotpet ya Allah sampai kena marah sebab mulut banyak sangat. 

So sangat dihargai.

Haaa! True statement. Memang kalau tiada dia sunyi je rumah. Even time ada selalu kena usik kena marah kena buli. Tu saje je tunjuk kasih sayang.HAHA! Sekurang-kurangnya dia menjadi peneman Umi Abah. Sekurang-kurangnya Umi Abah takde la krik krik berdua je. Everything dia minta mesti dapat. Tu agak jeles jugak la. Tapi kakak-kakak jugak bagi apa yang dia nak. 

Time flies so fast! She has grown up so much! She can do what she wants.




P/S : I wish you were this little again dear our cerewet girl! :)