Nuffnang Ads

Monday 7 December 2015

Syukur Alhamdulillah! :)

Assalamualaikum and Hi :)

Ya Allah, aku bersyukur padaMu
Segala nikmat dan kurnia tak terhingga

Alhamdulillah almost 9 bulan dah aku bekerja, belajar berdikari, cari duit poket sendiri. Baru rasa betapa susahnya nak cari rezeki ni. Betapa susahnya ibu bapa kita bertungkus lumus mencari rezeki untuk anak-anaknya. Ha! sekarang ni semua kena fikir sendiri. 

Pernah dulu lepas habis belajar target nak dapat kerja cepat supaya senang nak bantu diri sendiri serta Umi dan Abah. Tapi takdir tak menyebelahi sampai rasa give up rasa frust. Setiap kali pergi interview je gagal. Ada dapat pun ade kekangan yang lain pula. Dalam hati ni Allah je tahu betapa kecewanya, kadang-kadang macam tak guna je.HUHU!. Tambah sedih bila kawan-kawan seperjuangan course dah dapat kerja. Kita krik! krik! je. :(

Nak dekat 6 bulan jugak menjadi penganggur terhormat (Grape Masam!HAHA!)

Satu hari tu nekad mintak position dekat pasaraya yang nak baru buka. Masa tu memang tak kisah dapat kerja apa pun. Janji dapat! Masa interview itu, yang interview aku tanya 'Awak nak position apa?'. Aku jawab tak kisah la asalkan perlu. So beliau offer aku jadi Cashier. Aku on je daripada jadi penganggur tak sudah. Then beliau tanya juga ade tanye aku nak explore bidang apa. So aku jawab 'HR'. 

Dan Alhamdulillah aku dapat position itu. So berkhidmatlah aku kat salah sebuah pasaraya di Kota Bharu dalam HR Department. Aku kena belajar from zero sebab memang aku tersasar dari bidang belajar aku. Aku yakin rezeki Allah itu ada di mana-mana cuma bezanya masa. 


Now, aku rasa sayang nak tinggalkan bidang yang aku belajar ini even pelbagai perkara, karenah dan perangai yang kena aku hadapi. Yang paling penting aku dah boleh balas balik pengorbanan Umi dan Abah selama ini. 

P/S :
Ramai yang judge yang kerja pasaraya semuanya pendidikan tak tinggi. Sebenarnya sangkaan tu salah sama sekali. So please la jangan pandang rendah ye. They have feeling too!