Nuffnang Ads

Thursday 14 January 2016

PTPTN OH PTPTN


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi atau nama famousnya adalah PTPTN. Rasanya most yang futher study akan ambil pinjaman ni kan macam aku. Kalau nak harap duit parents semua memang taklah melainkan aku ni orang senang.
 
Back to PTPTN

Wajib ke bayar? Kenalah bayar, dah pinjam kan. Ada yang kata pendapatan bawah RM3000 tak payah bayar. Menipu je desas desus tu. 

Ada tu kata ala nanti la, tiada masa la. Macam-macam la. Tak payah nak nanti-nanti la…muehehe!

Alhamdulillah aku dah start bayar sikit-sikit sejak kerja ni. Itupun baru je mula ye. Almaklumlah lebih kurang 6 bulan menganggur nak cekau mana duit nak bayar. Sekurang-kurangnya nama kita tidak tersenarai dalam senarai hitam. Naya ok kalau memang nak keluar negara makan angin ke urusan kerja ke. Itupun masa nak bayar tu aku tak tahu nak buat macam mana. Daripada blur tu, baik je pergi terus Pusat PTPTN itu. Situ aku bolehlah dapat maklumat cara nak bayar. Tapi aku decide bayar dekat kaunter je. Lagipun tak jauh dari rumah sewa aku ni. Lagi satu aku memang jakun sikit bab-bab online banking ni..muehehe!

Masa aku pergi kaunter PTPTN, orang PTPTN bagitahu ada yang baru nak bayar setelah bertahun-tahun (nama dah disenaraikan hitam). Jadi ke satu kerja pulak nak bersihkan nama balik. Ambil masa lama jugak la.

Senang je kalau kita nak tahu nama kita blacklist ke tak. Check guna online je. 


Klik 'Semak'


 Lepas itu masukkan No I/C dan klik 'Semak' 


Akan keluar macam ni. Maknanya tak blacklist la. Alhamdulillah


See! Senang je kan. Tiada halangan kan. Bayar la sampai habis ye.
Hutang wajib dibayar tau. 

Assalamualaikum & Bye!