Nuffnang Ads

Monday 5 September 2011

..Apa itu CINTA ekk..

Mungkin ramai  yang dah tahu apakah yang dikatakan dan persepsi berkaitan cinta..yang tau menyebut perkataan cinta.. Contoh la kan...Aku cinta Kamu atau bunyi omputih ye sikit.. I cinta You sangat2… tipu la kalau tak tau kan…huhu.. Sudah tentu ramai  juga yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta..(Sentap jap!!).  Tetapi adakah anda tahu apakah maksud cinta yang sebenarnya? Jeng..Kreng..Kreng.. Hehe :)

Sifat Cinta

Hah! Sifat cinta tu camne la ekk?? Adakah manis cam gula-gula atau pahit cam hempedu??  Eh! Cinta ni pahit ke?? Pahit la juga bila si kaple ni bergaduh besar ke apa la... Betul tak?? Apepon setiap orang ada definisi tersendiri kan...huhu... Tapi bagi aku la cinta itu adalah sesuatu yang suci, mahal dan tinggi tarafnya. Cinta itu amat sempurna jika lahir di hati insan yang benar2 menghargai cinta.. Jika tidak, cinta akan cacat..kurang sana kurang sini.. Akhir ye berpecah belah bercerai berai… Masing2 buat hal sendiri.. Masing2 tak nak mengaku kalah padahal diri sendiri jugak yang merana..

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Betul ke statement aku tu ekk?? Agak2 betul tak…?? Ohh mestilah betul kan..semua orang tau kan..dapat rasakan.. Betul tak?? J Wujudnya cinta ni tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar itu adalah cinta yang suci murni (bukan minyak masak ekk!!).. Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap la kan..iaitu.. kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Allah S.W.T.. Tapi kan yang penting sekali cinta sejati kepada pencipta kita taw..tapi kan kekadang kita tak sedar pun semua tu kan..yela ade tu lebih menjurus kepada pengaruh duniawi semata2... Tengok la macam2 kes yang melibatkan golongan belia sekarang ni kan..

Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta yang dah aku tulis tadi tu.. maka manusia diberi anugerah untuk bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya.. jiwa itu bersedia menerima cinta dan merasai kehadiran cinta dalam diri sendiri.. kemudiannya sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi..meluahkan isi hati yang tersurat dan tersirat.. Sedia untuk mengikat rasa setia serta saling memahami.. Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta.. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai..dan jugak sedia untuk mengekalkan keindahan cinta sampai akhir hayat.. Itulah yang dinamakan cinta bersedia.. Hah! macam2 kan cinta ni ye.. 

Cinta Itu Indah

Indah ye cinta..perasan tu memang ade la bagi hati orang yang berkuntum2 bunga di taman kan..semua benda tu tetap bersemadi dalam jiwa walaupun benda tu cehhhh simple gilerr kan… Emmm yela kan.. contohnya ibarat kuntuman itu satu antara seribu.. tak de sesiapa la boleh menandingi kehebatan cinta pasangan tu.. indah dan cantik tiada tara lah.. Cantiknya itu mesti ori punyer la dan tak de la topeng2.. Tu masa indahnya cinta… masa cinta tak indah tu camne la pulak?? Segala janji2 dan ayat2 cinta puitis tu camne ekk.. Rasanya semua itu dah tak pandang la kot...

Cinta Itu Mengharap Balasan

Sape setuju tentang ayat di atas?? Yela kalau tak mengharapkan balasan manalah kita tahu orang itu cinta kita atau tak kan.. Cinta itu fitrah.. Setiap dari kita mesti mahu memilikinya walaupun hanya sekelumit cinta yang diberikan kan.. Kalau nak cinta sepenuh hati tu kenalah bersesuaian kepada jodoh atau pasangan or maybe dari persamaan diri jugak kan..kalau tak sesuai kan lain pulak jadi ye kot..huhu... Bila dapat yang dicari, kira bertemu jodoh la tu yang secocok dengan jiwanya untuk bersatu.. Wahh!!! romantika de amor..!! Manusia ni dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga mahu diterima..

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai…mestilah seseorang itu mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya sahaja kan.. Kalau boleh nak jew rasa dihargai sangat2..mana suka ni dikongsi2 dengan orang lain..kan3x.. konon nak kata la hanya diriku layak  untuk mencintai dan dicintai oleh dirimu sahaja..cehh3x.. (keperasanan sedikit di situ)..

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.. hati akan bercerita segala-galanya taw..hehe.. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, ada juga cinta cuma tahu bercinta. Peraturan cinta?? Emmm dah tak kisah la semua itu asal dapat bercinta.. So, hati-hati la jugak ye..

 Cinta Itu Nyawa

Cinta adalah ibarat kuntuman bunga yang boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta ni kan universal taw.. mendengar pun cinta, berkata pun cinta, bahkan melihat pun cinta.. Tak melihat pun cinta jugak.. Emm sape la ekk?? Hehe… Cinta ni ada segala-galanya..bercampur aduk la lagaknye..dalam cinta ada sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis ( wajib ada!! ).. Cinta itu tetap ada sampai satu ketika ia akan menemui masa kesudahannya.Tapi sesetengah orang itu berharap agar cinta itu kekal selagi hidup dan mahu cinta itu tetap hidup walaupun dah tiada dalam dunia ni.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan.. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa.. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa...

Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah, tapi mempesonakan..cehhh mantap di situ.. tak bermakna cinta itu nakal sifatnya tapi kerana cinta itu adalah satu perasaan suci dan bersih.. Contohnya kan kita tengok baby comel2 kan.. pastu senyum pada kat kita...mesti rasa syok gilerr kat baby tu kan..terpesona kerana bukan saja kecomelan tapi baby yang suci dari dosa kan.. Tapi kan ada jugak sifat cinta yang mempesona ini selalunya manusia itu berbuat silap dorang bercinta. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya.. nampak mempesona, cantik dan betul walaupun itu adalah satu dosa then akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi kucar kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. 

Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih korang mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika korang beri semua yang dia mahu, apakah yang tinggal pada korang? Benarkah dia cinta pada korang bila dia mahukan pengorbanan korang kan? Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.. So, renung2 kan dan selamat beramal..

No comments:

Post a Comment