Nuffnang Ads

Sunday 24 July 2016

Cerita Raya 2016 : #teamrayaAbahUmi

Assalamualaikum & Hi

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
Syawal kan masih ada!
Muehehe!

Semua orang ade cerita raya masing-masing termasuklah aku. Cerita Raya aku sama je setiap tahun. Parents aku takyah gaduh nak balik kampung mana mana sebab kampung daerah sama je. 10 minit gitu! Kita kaut balik rumah dua-dua pihak. HAHA!

1 Syawal disambut sederhana!

Memang kalau setiap tahun family aku akan sambut raya kat rumah nenek sebelah Abah aku aka Mek. Rumah Mek depan rumah je kot. Tapi tak sempat jugaklah nak bergambar sebab duk kalut sembahyang raya pastu makan borak-borak sampai tak ingat pun nak bergambar. 

Tapi sempatlah bermaaf-maafan dan sesi duit raya ni! Ni je yang ade untuk hari tersebut untuk sebelah sini. Tu pon gambar kiteorang je banyak.

Si tudung hijau tu adik sepupu. Tak pandang kamera pulak dia


Anak Dara Sekalian
#teampeachblue #teamrayalubokgong #teamrayaAbah

Ni jela antara anak-anak buah yang ada. Ramai adik beradik Abah yang tak dapat balik raya. 

Mak Dara sibuk borak makan-makan. Tak sampai hati nak kacau! HAHA.

Selepas sembahyang raya dan pergi raya sekeliling rumah (rumah anak beranak satu kelompok je), family bersiap-siap nak balik raya rumah nenek sebelah umi pulak. Sekalian mak pak sedare pun dah kedengaran tanya sampai ke belum. Selalu dalam pukul 11 dah pergi sana. Ni dekat Zohor baru pergi. 

Sebelum itu wajiblah kita ambil gambar family dulu. Haruslah wajib sejak kenakan pakaian sedondon ni. Dulu pakai sapu je warna apa.



Rasanya tahun ni paling BEST raya sebab family cukup korum. Selalu ye mesti kurang sorang. Kalau tak kakak sulung atau Abah aku. Sekarang Abah dah pencen. So sekarang Insha Allah tiap-tiap tahun dapat sambut sesama selagi semuanya masih bujang kan.



Lepas selesai sebelah sini, bergerak lah ke rumah sebelah Umi pulak. Kalau diikutkan kiteorang adik beradik lebih rapat dengan mak pak sedare sana sebab kiteorang membesar bersama dan selalu jumpa. Umur pun lebih kurang sebaya beza 2 3 tahun je termasuklah sepupu sekali. So tak rasa jurang tu ada tapi rasa hormat tu masih ada la.

Sampai-sampai rumah Nenek aka Ma Tok, tengok pintu kunci. Alahai dorang dah pergi raya. Kira lambat la ni. Selalu pergi sama-sama. 

Nilah family belah umi. Itupun tak cukup korum jugak. Keluarga Pak Cik Mi aka Adik Ketiga Umi, Uncle Misi nun di Johor dan Uncle Askar nun di Sarawak tidak dapat beraya bersama.

Ma Tok dan aunties
See aunties aku umur lagi muda daripada aku! Yang hujung tangga tu sebaya kakak aku!

Family Pak Cik Li aka Adik Kedua Umi
#teamrayarantaupanjang #teamrayaUmi

Kononnya lepas Zohor nak raya dekat rumah sedare mare area situ. Hambik kau hujan turun lebat membasahi bumi. Dari cantik-cantik semua bertukar siap-siap nak masuk selimut. Best tidur time sejuk-sejuk ini. Tak jadi plan nak sambung raya.

Then, lepas tu family buat simple birthday celebration sepupu si Anis and advance birthday maksedare bongsu si Machu Ani. Happy Birthday Girls! 

Dalam lepas Isyak, family aku pun balik rumah sendiri. Itu je kisah raya pertama. Tak sempat pergi mana-mana sangat pun. Disebabkan hujan, sambung mimpi yang indah!

Selamat Hari Raya 2016
Maaf Zahir & Batin
Andai kata ada tersalah kata, gurauan, perbuatan, atau apa-apa bahasa badan yang boleh menyebabkan terguris hati & perasaan. Kosong Kosong ye!