Nuffnang Ads

Thursday 21 November 2013

Persahabatan Tiga Segi


Salam :)
"Persahabatan tiga segi"

Wujudkan perkara sedemikian. Yela, selalunya kita dengar cinta tiga segi kan. Rupa-rupanya persahabatan 3 segi juga wujud dalam perhubungan. 

Apakah persahabatan tiga segi?

Yang dimaksudkan dengan persahabatan 3 segi ialah  bilangan kawan dalam angka ganjil. Contoh ye 3, 5, 7, 9 and seterusnya. Mungkin ramai yang pernah mengalami situasi sedemikian kan.

Ramai yang kata selalunya bersahabat dalam angka yang ganjil ni banyak kekurangan ye. Bukan nak kata tak boleh berkawan dalam angka ganjil tetapi kebanyakkan persahabatan sebegini boleh membuatkan salah seorang akan rasa 'tersisih'. Walaupun kawan yang rasa sedemikian menafikan semua itu dan mungkin berlagak macam nothing happen tetapi perasaan itu tetap wujud nun jauh dalam sanubari kan.

Yang dulunya indah sekarang berkecai..

Kesannya.... 

Mungkin salah seorang yang rasa tersisih tu akan memencilkan diri, menjauhkan diri daripada kawan2 ye kerana dia merasakan kehadirannya ibarat ilusi. Yang mulanya kukuh boleh jatuh, runtuh, ranap berkecai. Sedih bukan.. :(

Reaksi kawan2 ye lain..

Mungkin akan rasa pelik kenapa kawan ye seakan berubah dan tidak seperti biasa. Just stay alone but never ask anything.  Timbul la pelbagai persoalan di kotak fikiran mereka.

Contoh : 
Kenapa dengan minah (bukan nama sebenar) tu eh? Lain je tengok, kita ade wat salah pape ke? (dengan mimik muka yang ingin tahu yang sangat tinggi...)

Antara situasi persahabatan 3 segi adalah :
  • Kawan yang dua orang tengah syok2 bercerita itu ini tetapi terlupa kewujudan kawan dorang yang ke 3 tu. (kawan yang ke 3 ni terpinga2 tak tahu hujung pangkal cerita)
  • Kawan yang dua orang ni selalu kongsi itu ini dan buat keputusan sama2 tetapi pinggirkan kawan yang ke 3 ni. 
Bila perkara sedemikian berlaku, timbul la rasa 'tersisih' itu walaupun mungkin tidak disengajakan oleh kawan2 ye yang lain.

Ada juga situasi di mana muncul ye watak ke '3' atau ke '5' atau ke '7' yang boleh dikatakan masuk kepala menyebabkan persahabatan yang lama sekian terbina akhirnya pudar disebabkan keserasian dengan watak yang baru yang menyebabkan rasa tersisih tu wujud. 

Jadi, siapa2 yang pernah mengalami situasi macam ni :

Anda kena ingat yang mereka adalah orang yang pernah rapat dengan anda. Tiada guna ye anda bertindak mengasingkan diri kerana diri sendiri jugak rasa sakit ye kan.

Berbincang la secara baik. Luahkan apa yang anda rasa dan elakkan perbincangan yang melibatkan angka ganjil.

Bercerita atau mengimbau kembali detik2 yang boleh mengembalikan kemesraan dan rapat ye korang sebagai kawan.

Berterus terang dengan perasaan yang anda alami secara baik dan bukan dalam keadaan marah atau bengang. Give them the reason why you feel kinda feeling? Kawan yang baik tak akan membiarkan kawannya berasa tersisih. Percayalah!.

Dalam persahabatan kena ada rasa saling percaya. Berkongsi cerita suka duka pahit manis d anda pada mereka membuatkan mereka rasa istimewa kerana mereka rasa dihargai dan mungkin juga mereka merasakan mereka la insan yang dipercayai anda selain ahli keluarga. 

Jadilah pendengar yang setia antara satu sama lain dan saling membantu setakat termampu untuk menunjukkan yang anda sayang dan care pada kawan anda dan elakkan dari bagi reaksi yang boleh menyakitkan kawan.


"Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihiburkan dan disakiti, dihargai dan dikecewakan, didengar dan diabaikan, dibantu dan dipinggirkan, namun semua itu pengalaman berharga dalam menguji kuatnya persahabatan itu. "


Renung2kanlah dan selamat beramal.. :)


No comments:

Post a Comment