Nuffnang Ads

Monday, 23 May 2016

If They Leave You, You Must Let Them Go!

“Jika dia pergi, biarkan dia pergi”. Ayat yang mudah. Tetapi sejujurnya bukan semudah yang disangka. Walaupum mulut mengatakan I’m OK tetapi adakalanya kecundang jua.


“Not everything makes sense. And sometimes, trying will drive you insane”.

Aku belajar. Mengenali seseorang yang boleh mengatakan sesuatu perkara bertentangan dengan apa yang dimaksudkan. Walaupun kejujuran diberikan pada awalnya, masa dia mahukanmu, cintakanmu. Everything is real at that time! Kemudian, ia berubah. Perasaan itu, harapan itu, kemahuan itu berubah dengan cepat. 

Aku masih bertanya pada diri, Kenapa ia berlaku? Kenapa dia berubah fikiran?

Dulu, saat hati berperang dengan perasaan, seringkali aku pertikaikan.

Kenapa lepaskan kalau dah sayang? Kenapa biarkan dia pergi?

Tapi hari-hari yang berlalu buat aku makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ?

Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu. Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab. Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku. Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya. Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.

Tapi sampai bila?

Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang. Adakah yakin dia akan datang kembali? Mungkin ya, mungkin tidak!




But if they have left, you have to let them go. You have no other choice. Because they made this decision. They could have stayed, but they didn’t.  They have made a deliberate choice of their own free will. 

And now is the time for you. Move on!

If they leave, kiss them goodbye and mean it. Maybe you were too bright and beautiful for them. Let them leave. Move forward with who you are meant to be, separate of them. You may crumble and wonder if it’s worth it. You just do. Maybe slowly, maybe it takes time. But eventually, you do.

Ubah cara hidup kita!



Kalau selama ini kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah. Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.


“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita. Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita. Kerana memang bukan untuk kita.”

Serahkan hati ini pada Allah. Inshaa Allah segalanya akan baik-baik sahaja.
Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah. Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.


Inspired from :
http://thoughtcatalog.com/ari-eastman/2015/06/if-they-leave-you-you-must-let-them-go/
http://akuislam.com/blog/renungan/mencapai-kebahagiaan-lepaskan-perpisahan/

Sunday, 15 May 2016

Adik Kecik aka Bongsu

Assalamualaikum & Hi


Tetiba hari ini nak bercerita pasal Adik Kecik Bongsu. Kenapa panggil macam tu? Sebab dia sorang je yang kecik tak akil baligh lagi. Muehehe!

Yelaaaa! Semua dah tua sesuai dah kalau nak tambah umat Nabi. Insha Allah :)

Ingat lagi masa tu aku Form 3 dan duduk dekat asrama. Satu malam tu call la my Umi sebab homesick. Gengam duit syiling yang duk kumpul seminggu demi nak menelefon ni. Then, adik kedua aku yang angkat. Dia cakap 'Wei umi mengandung kot'. Aku be like What? Jangan nak merepek! sambil gelak tak ikhlas.

Umi aku pun confirmkan, Yes! True Statement. OMG! Happy la nak ada baby baru setelah sekian lama. But sangaattt risau sebab Umi aku ni darah tinggi. Umi cakap rezeki Allah nak bagi kena terima.

So pada 12 April 2017 lahirlah baby copycat aku ni. Everything ikut aku. Umi Abah cakap macam tu! Patutlah selalu berkelahi but deep inside I love her very much. Dia intan payung penyeri suasana family aku. Tiada dia sehari memang sunyi. Sebab dia potpetpotpet ya Allah sampai kena marah sebab mulut banyak sangat. 

So sangat dihargai.

Haaa! True statement. Memang kalau tiada dia sunyi je rumah. Even time ada selalu kena usik kena marah kena buli. Tu saje je tunjuk kasih sayang.HAHA! Sekurang-kurangnya dia menjadi peneman Umi Abah. Sekurang-kurangnya Umi Abah takde la krik krik berdua je. Everything dia minta mesti dapat. Tu agak jeles jugak la. Tapi kakak-kakak jugak bagi apa yang dia nak. 

Time flies so fast! She has grown up so much! She can do what she wants.




P/S : I wish you were this little again dear our cerewet girl! :)


Thursday, 14 January 2016

PTPTN OH PTPTN


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi atau nama famousnya adalah PTPTN. Rasanya most yang futher study akan ambil pinjaman ni kan macam aku. Kalau nak harap duit parents semua memang taklah melainkan aku ni orang senang.
 
Back to PTPTN

Wajib ke bayar? Kenalah bayar, dah pinjam kan. Ada yang kata pendapatan bawah RM3000 tak payah bayar. Menipu je desas desus tu. 

Ada tu kata ala nanti la, tiada masa la. Macam-macam la. Tak payah nak nanti-nanti la…muehehe!

Alhamdulillah aku dah start bayar sikit-sikit sejak kerja ni. Itupun baru je mula ye. Almaklumlah lebih kurang 6 bulan menganggur nak cekau mana duit nak bayar. Sekurang-kurangnya nama kita tidak tersenarai dalam senarai hitam. Naya ok kalau memang nak keluar negara makan angin ke urusan kerja ke. Itupun masa nak bayar tu aku tak tahu nak buat macam mana. Daripada blur tu, baik je pergi terus Pusat PTPTN itu. Situ aku bolehlah dapat maklumat cara nak bayar. Tapi aku decide bayar dekat kaunter je. Lagipun tak jauh dari rumah sewa aku ni. Lagi satu aku memang jakun sikit bab-bab online banking ni..muehehe!

Masa aku pergi kaunter PTPTN, orang PTPTN bagitahu ada yang baru nak bayar setelah bertahun-tahun (nama dah disenaraikan hitam). Jadi ke satu kerja pulak nak bersihkan nama balik. Ambil masa lama jugak la.

Senang je kalau kita nak tahu nama kita blacklist ke tak. Check guna online je. 


Klik 'Semak'


 Lepas itu masukkan No I/C dan klik 'Semak' 


Akan keluar macam ni. Maknanya tak blacklist la. Alhamdulillah


See! Senang je kan. Tiada halangan kan. Bayar la sampai habis ye.
Hutang wajib dibayar tau. 

Assalamualaikum & Bye!

Monday, 7 December 2015

Syukur Alhamdulillah! :)

Assalamualaikum and Hi :)

Ya Allah, aku bersyukur padaMu
Segala nikmat dan kurnia tak terhingga

Alhamdulillah almost 9 bulan dah aku bekerja, belajar berdikari, cari duit poket sendiri. Baru rasa betapa susahnya nak cari rezeki ni. Betapa susahnya ibu bapa kita bertungkus lumus mencari rezeki untuk anak-anaknya. Ha! sekarang ni semua kena fikir sendiri. 

Pernah dulu lepas habis belajar target nak dapat kerja cepat supaya senang nak bantu diri sendiri serta Umi dan Abah. Tapi takdir tak menyebelahi sampai rasa give up rasa frust. Setiap kali pergi interview je gagal. Ada dapat pun ade kekangan yang lain pula. Dalam hati ni Allah je tahu betapa kecewanya, kadang-kadang macam tak guna je.HUHU!. Tambah sedih bila kawan-kawan seperjuangan course dah dapat kerja. Kita krik! krik! je. :(

Nak dekat 6 bulan jugak menjadi penganggur terhormat (Grape Masam!HAHA!)

Satu hari tu nekad mintak position dekat pasaraya yang nak baru buka. Masa tu memang tak kisah dapat kerja apa pun. Janji dapat! Masa interview itu, yang interview aku tanya 'Awak nak position apa?'. Aku jawab tak kisah la asalkan perlu. So beliau offer aku jadi Cashier. Aku on je daripada jadi penganggur tak sudah. Then beliau tanya juga ade tanye aku nak explore bidang apa. So aku jawab 'HR'. 

Dan Alhamdulillah aku dapat position itu. So berkhidmatlah aku kat salah sebuah pasaraya di Kota Bharu dalam HR Department. Aku kena belajar from zero sebab memang aku tersasar dari bidang belajar aku. Aku yakin rezeki Allah itu ada di mana-mana cuma bezanya masa. 


Now, aku rasa sayang nak tinggalkan bidang yang aku belajar ini even pelbagai perkara, karenah dan perangai yang kena aku hadapi. Yang paling penting aku dah boleh balas balik pengorbanan Umi dan Abah selama ini. 

P/S :
Ramai yang judge yang kerja pasaraya semuanya pendidikan tak tinggi. Sebenarnya sangkaan tu salah sama sekali. So please la jangan pandang rendah ye. They have feeling too!